Pada 21 Mei 1949, Rejimen Ke-10 sebuah pasukan Melayu Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah didirikan di hutan Kerdau, Temerloh Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D.. Nama Rejimen Ke-10 dipilih mengikut urutan penubuhan rejimen-rejimen TPNM. Pasukan ini adalah satu-satunya pasukan bersenjata Melayu yang meneruskan perjuangan datok nenek orang Melayu menentang penjajah Inggeris untuk kemerdekaan tanah air.
Keistimewaan Rejimen Ke-10 ialah dari komander hingga ke perajuritnya semua terdiri dari putera puteri bangsa Melayu. Anggotanya terdiri dari ialah anggota PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan kesatuan buruh yang tegas berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
Oleh itu Rejimen Ke-10 berakar umbi dari seluruh masa sejarah perjuangan orang Melayu melawan penjajahan, seperti perang Datok Maharajalela dan Datok Sagor di Perak, Datok Bahaman di Pahang, Perang Tok Janggut di Kelantan dan lain sehinggalah penubuhan KMM (Kesatuan Melayu Muda), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan organisasi-organisasi dibawah pimpinannya.
Abdullah C.D. atau nama sebenarnya Cik Dat Anjang Abdullah adalah pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Beliau juga merupakan seorang anggota KMM yang memegang jawatan Setiausaha Cawangan Lambor. Ketika menuntut di Clifford School Kuala Kangsar, beliau telah mengkaji dan menulis thesis tentang Perang Perak. Pada tahun 1940, ketika pejuang-pejuang Perak dimomokkan dengan tuduhan “durhaka” oleh penjajah British dan kerajaan faudal Melayu ketika itu, beliau telah dengan berani membuat kesimpulan bahawa Perang Perak adalah perjuangan patriotisme rakyat Perak menentang penjajah British dan mereka yang telibat adalah pahlawan bangsa. Dalam masa pendudukan fasis Jepun, Abdullah C.D. bergabung dengan PKM untuk menentang fasis Jepun. Di akhir era pendudukan Jepun, beliau ikut serta menubuhkan PKMM dan diterima menjadi anggota Jawatankuasa Pusat.
Semangat Perang Bahaman mempunyai pengaruh yang kukuh ke atas penubuhan Rejimen Ke-10 di Pahang. Semangat perang tersebut telahpun tertanam kukuh dari generasi ke generasi Sungai Pahang. Lebih-lebih lagi pada masa berdirinya Rejimen Ke-10, masih terdapat orang-orang yang mempunyai hubung kait dengan perang tersebut menceritakan kisah sebenar perang Bahaman. Ketika Rejimen Ke-10 bergerak di Pahang, para komender dan perajurit angkatan lama masih dapat melihat kesan-kesan kubu Datok Bahaman di beberapa kawasan.
Abu Samah Mohd Kassim (Allahyarham) yang menjadi anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 adalah cicit saudara Datok Bahaman. Melalui cerita lisan yang diturunkan ke atasnya oleh Mat Lela, beliau menceritakan kisah perang tersebut kepada para perajurit. Abu Samah pernah rapat dengan KMM. Dalam masa pendudukan Jepun, beliau pernah membantu pasukan TAJRM dan membangkitkan orang ramai menentang fasis Jepun. Selepas Jepun kalah beliau menjadi anggota PKMM dan sekaligus juga menjadi anggota UMNO.
Oleh itu, walau apapun fitnahan yang dilemparkan penjajah dan pengikut-pengikutnya, perjuangan Rejimen Ke-10 mempunyai kesinambungan yang rapat dengan perjuangan datuk nenek orang Melayu menentang penjajahan demi kemerdekaan tanah air. Sesunggunya Rejimen Ke-10 telah membela maruah bangsa Melayu yang ratusan tahun dihina dibawah penguasaan penjajah British.
BARISAN GERILA MALAYA
Tak ada gunung terlalu tinggi
buat kami daki tengah panas
tak ada lurah terlalu dalam
buat kami turun malam gelap
Hutan rimba padang lalang, padang lalang
dusun sunyi jalan yang jauh
panas terik hujan berangin
jalan terus, maju terus, maju terus
Haram patah hati kami, hati kami
kerana telitinya
barisan gerila Malaya
hancurkan musuh semua.
Tuesday, December 20, 2011
A.C.T Family
Buah yang berputek itu datangnya dari bunga. Jika tiada bunga, maka tiadalah buah. Jika sudah berbuah, maka layu dan berguguranlah kelopak bunga dan tiadalah lagi bunga. Oleh itu bunga mesti datang dahulu, kerana bila sudah datang buah lidah menjadi kelu dan membisu seribu bahasa. Itulah dia bunga-bunga bahasa orang dulu-dulu. Dikatakan tentera kebangsaan dan tentera antarabangsa untuk melarang mungkar dengan tangan, kerana dengan hati itu selemah-lemah iman. Dikatakan orang dalam pagar kerana dibenteng dengan semangat kental dan diikat dengan kasih sayang dan silaturrahim yang erat dan kesatuan yang teguh. Dikatakan satu cap kerana setiap orang itu mempunyai satu pembawaan, matlamat dan misi yang sama. Dikatakan cap junjung kerana setiap orang menjunjung benda yang sama dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Dikatakan 30 kerana al-quran itu mengandungi 30 juzuk dan 6666 ayat. Dikatakan baiah itu kerana Nabi SAW telah membaiah kaum ansar sebelum berhijrah dan setibanya diMadinah kaum muhajirin disambut oleh kaum ansar degan penuh kasih sayang macam saudara sendiri. Dikatakan 36 atau 360 kerana jumlah bunga dan buah itu 360,pada masa dahulu. Saya harap jangan sesiapa salah anggap terhadap saya keraa saya orang susah, kaki saya sudah putus dan mata sudah ceme. Saya tinggal diKepala 30, Kg.Pandan. Kalau nak pergi rumah saya sila ikut lorong kepala 30, sampai simpang 3, pusing kiri, rumah saya nobor 3 dari simpang, kedepan lagi nombor 5.rumah bapa saya. Rumah ibu saya dibatu 9 dan saya dulu bersekolah dibatu 12. Saya masih lagi ada bapa tetapi tak cantik sebab mata dia ceme kaki dia capek, kepala botak dan perut buncit. Bapa saya dulu datang dari seberang laut. Dia datang kesini naik tongkang, tambang masa tu cuma 3 duit. Lepas tu dia jalan kaki sampai sini. Dia datang 3 orang, cuma dia sorang saja yang sampai sini, yang lain duduk dipantai. Orang tua saya cakap sampai tengah jalan dia jumpa orang mati tapi dia tak angkat sebab itu hantu. Dia kata dia asal dari batu puteh dan sekarang duduk di bukit tinggi. Saya tanya 7 kali 3 berapa, dia jawab 24. Saya tanya kenapa lebih 3. Dia kata itu kita punya modal. Dia kata dia ada simpan orang kuat. saya tanya berapa orang? Dia kata 5 orang. Saya tanya siapa nama? Dia kata itu rahsia. Orang tua saya cakap kita mesti tunjuk dua perkara iaitu 3 modal dan 3 kuasa dan bawa kemana-mana 5 orang kuat. Kura-kura emas mesti disimpan sebagai lambang kekayaan. Kesatuan kita mesti kuat saperti kuatnya harimau. Keanggunan kita mesti dijaga saperti anggunnya merak emas.
Subscribe to:
Posts (Atom)