Pada 21 Mei 1949, Rejimen Ke-10 sebuah pasukan Melayu Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah didirikan di hutan Kerdau, Temerloh Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D.. Nama Rejimen Ke-10 dipilih mengikut urutan penubuhan rejimen-rejimen TPNM. Pasukan ini adalah satu-satunya pasukan bersenjata Melayu yang meneruskan perjuangan datok nenek orang Melayu menentang penjajah Inggeris untuk kemerdekaan tanah air.
Keistimewaan Rejimen Ke-10 ialah dari komander hingga ke perajuritnya semua terdiri dari putera puteri bangsa Melayu. Anggotanya terdiri dari ialah anggota PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan kesatuan buruh yang tegas berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
Oleh itu Rejimen Ke-10 berakar umbi dari seluruh masa sejarah perjuangan orang Melayu melawan penjajahan, seperti perang Datok Maharajalela dan Datok Sagor di Perak, Datok Bahaman di Pahang, Perang Tok Janggut di Kelantan dan lain sehinggalah penubuhan KMM (Kesatuan Melayu Muda), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan organisasi-organisasi dibawah pimpinannya.
Abdullah C.D. atau nama sebenarnya Cik Dat Anjang Abdullah adalah pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Beliau juga merupakan seorang anggota KMM yang memegang jawatan Setiausaha Cawangan Lambor. Ketika menuntut di Clifford School Kuala Kangsar, beliau telah mengkaji dan menulis thesis tentang Perang Perak. Pada tahun 1940, ketika pejuang-pejuang Perak dimomokkan dengan tuduhan “durhaka” oleh penjajah British dan kerajaan faudal Melayu ketika itu, beliau telah dengan berani membuat kesimpulan bahawa Perang Perak adalah perjuangan patriotisme rakyat Perak menentang penjajah British dan mereka yang telibat adalah pahlawan bangsa. Dalam masa pendudukan fasis Jepun, Abdullah C.D. bergabung dengan PKM untuk menentang fasis Jepun. Di akhir era pendudukan Jepun, beliau ikut serta menubuhkan PKMM dan diterima menjadi anggota Jawatankuasa Pusat.
Semangat Perang Bahaman mempunyai pengaruh yang kukuh ke atas penubuhan Rejimen Ke-10 di Pahang. Semangat perang tersebut telahpun tertanam kukuh dari generasi ke generasi Sungai Pahang. Lebih-lebih lagi pada masa berdirinya Rejimen Ke-10, masih terdapat orang-orang yang mempunyai hubung kait dengan perang tersebut menceritakan kisah sebenar perang Bahaman. Ketika Rejimen Ke-10 bergerak di Pahang, para komender dan perajurit angkatan lama masih dapat melihat kesan-kesan kubu Datok Bahaman di beberapa kawasan.
Abu Samah Mohd Kassim (Allahyarham) yang menjadi anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 adalah cicit saudara Datok Bahaman. Melalui cerita lisan yang diturunkan ke atasnya oleh Mat Lela, beliau menceritakan kisah perang tersebut kepada para perajurit. Abu Samah pernah rapat dengan KMM. Dalam masa pendudukan Jepun, beliau pernah membantu pasukan TAJRM dan membangkitkan orang ramai menentang fasis Jepun. Selepas Jepun kalah beliau menjadi anggota PKMM dan sekaligus juga menjadi anggota UMNO.
Oleh itu, walau apapun fitnahan yang dilemparkan penjajah dan pengikut-pengikutnya, perjuangan Rejimen Ke-10 mempunyai kesinambungan yang rapat dengan perjuangan datuk nenek orang Melayu menentang penjajahan demi kemerdekaan tanah air. Sesunggunya Rejimen Ke-10 telah membela maruah bangsa Melayu yang ratusan tahun dihina dibawah penguasaan penjajah British.
BARISAN GERILA MALAYA
Tak ada gunung terlalu tinggi
buat kami daki tengah panas
tak ada lurah terlalu dalam
buat kami turun malam gelap
Hutan rimba padang lalang, padang lalang
dusun sunyi jalan yang jauh
panas terik hujan berangin
jalan terus, maju terus, maju terus
Haram patah hati kami, hati kami
kerana telitinya
barisan gerila Malaya
hancurkan musuh semua.
No comments:
Post a Comment